Check these out!

MCU -01 Powerband!

"wei, kete ko turbo kan? jom try dgn vtec kat sebelah"
"takde hal.... try bakar line tgk dia respon ke tak"
VRROOMMMMM CHINGG
VROOOOMMMMMMMMMM
"dia respon! tunggu hijau kita tgk sape terer"
Vroooooommmmmm chhingg! vrroooommmm ching!
"tgk beb, mane vtec bleh lawan turbo! kene tinggal tu.."
"vtec tak cukup laju la.."
Vrrrooooooooooooooommmmmmmmmmm mmprrrreeeeeeeeeeeennnnnnnnggg ggggggggg
"wei! apahal tetibe dia potong kete ko! tadi dia mcm tak laju je!"
"taktau! aku dah tekan habis ni!"




Itulah dia situasi budak yang tak berapa cerdik. Anda dinasihati supaya tidak berlumba di atas jalanraya. Tetapi dari situasi di atas mari kita bincangkan kenapa kereta yg dah kene tinggal tu dgn tiba2 boleh laju?


Powerband bukanlah satu band muzik atau genre muzik. Tetapi satu jarak untuk sebuah enjin beroperasi dengan baik. Sebuah enjin 4 lejang (4stroke) dengan bahan api petrol. Ia mampu memberi powerband dari 1000 hingga 5000RPM. Namun kuasanya tidak sekata, mungkin tinggi pada rev rendah, mungkin tidak pada rev tinggi. Bergantung pada fungsi dan kegunaan enjin.


Walaubagaimanapun powerband sentiasa terbahagi kepada 2 kuasa. iaitu torque dan horsepower (kuasa kuda)

RAJAH A


RAJAH B




Rajah A menunjukkan satu dyno chart untuk HONDA K20A Vtec (terdapat dlm enjin integra dc5/ accord euro R dan civic type R FD) dan Rajah B pula dyno chart untuk Ford Escort 1.8 turbo

Apa itu dyno chart?
dyno chart carta yang dikeluarkan oleh mesin dyno jet untuk mengukur kuasa kuda dan torque sebuah kereta.

Lihat pada rajah A, garisan berwarna kuning mewakili torque garis ungu mewakili HP (horsepower), garis X pula adalah RPM enjin, garis Y pula mewakili torque/hp.


Pada RPM 2000 hingga 2300, torque berkurangan. pemandu akan terasa yang kuasa keretanya berkurang dan kemudian naik semua masih lagi menggunakan torque. Sehingga 5000RPM, torque mendatar, pemandu tidak merasakan sebarang kuasa yang mampu menolak keretanya lebih laju. tetapi selepas 5000RPM, torqoe mula berubah naik, dan pertembungan antara torque dan HP berlaku. Keadaan ini terjadi semasa sistem Vtec terbuka. Dan pada 5300RPM, kelihatan HP sedang mengambil alih kuasa kereta berkenaan dan pemandu akan merasakan satu kuasa mengejut tiba2 datang dan membawa keretanya pergi lebih laju sehinggalah 8000RPM dan pemandu menukar gear dan proses dari RPM 5000 ke 8000 berulang lagi.


Kita lihat pula Rajah B, graf di atas berbentuk n adalah torque, dan graf yang runcing mewakili HP, garis X adalah RPM dan garis Y adalah HP/torque.

Pada RPM 0- 1500RPM, turbo masih belum berpusing laju dan memberi kapasiti udara yang cukup, kereta bergerak perlahan, tetapi selepas 1500RPM, turbo mula bertindak liar dan memberi torque yang tinggi. Pemandu akan mengalami sedikit kejutan kuasa sehinggalah 4000RPM. pemandu akan merasa kekurangan kuasa dan pada RPM 5200 HP mula mengambil alih dan memacu kereta sehinggalah RPM 5700 pemandu menukar gear dan proses dari 3500rpm-5700rpm berulang lagi.



kedua graf dan penerangan di atas mungkin satu jawapan kepada perbualan pada mula2 sekali. Enjin High revving (vtec) dan torque (turbo) bertemu. pada mulanya kereta dengan torque tinggi akan mendahului tetapi kereta dengan powerband yang tinggi akan memotong apabila kuasanya sampai. Namum ini bergantung kepada HP dan torque kedua2 kereta berkenaan.


Dalam perjalanan seharian kita, jalan bandar dan kampung, enjin dengan torque tinggi adalah yang terbaik. tak semestinya turbo. Namun torque cuma boleh didapati dengan kapasiti enjin yang besar atau induksi paksaan (forced induction) kerana teori mengatakan:

Horsepower = (torque x RPM)/5252

jika kita menukar teori di atas, bersamaan :

Torque = (HP/RPM) x 5252

untuk mendapatkan HP, anda perlukan Rev yang tinggi dan torque yang besar, jadi untuk mencari torque, dan perlukan rev yang kecil dan HP yang besar di mana HP cuma boleh didapati jika torque besar. jadi teori kedua adalah hampir mustahil.

manakala mengikut teori pertama, Hp boleh didapati dengan torque lebih tinggi atau rev yang lebih tinggi. kereta dengan hp yang besar dan rev tinggi cuma sesuai di litar perlumbaan sahaja. Untuk berjalan di bandar agak sukar, kerana pada RPM 1000-4000, torque dan kuasa kudanya sangat kecil, dan ia sangat perlahan pada RPM setinggi ini.

mahukah anda membawa kereta yang perlu di rev sehingga 5000-8000RPM setiap kali berjalan? pasti enjin sangat bising dan enjin dengan torque rendah tidak mampu membawa beban yang berat. Maknanya jikan rakan2 anda cuba memenuhi ruang dalam kereta anda, Kereta anda yang kononnya laju itu akan dipotong eloh sebuah kacil di bandar.


berlainan dengan kereta dengan torque tinggi, biasa revnya sangat rendah, maksimum 5000-6000rpm dan mendapat kuasa dari 15000rpm lagi. kereta bandar seperti toyota vios, honda city, myvi, dan semua SUV serta kereta mewah mempunyai torque yang tinggi khas untuk membawa orang yg ramai atau orang yang berat dan barang yang berat. Dgn berbekalkan 3000RPM anda dan 4 org kwn anda mampu mendaki genting highland dan tersenyum riang.

Kereta dengan powerband tinggi, tidak mampu membawa beban, dan perlu di rev tinggi. tapi kelebihannya? katakan powerband anda adalah dari rpm 5000 hingga 8000, bawah dari 5000rpm anda akan tersiksa dengan keperlahanan kereta anda, tetapi selepas 5000 anda riang gembira, di saat anda menukar gear pada 8000rpm anda mendapati gear seterusnya membawa anda ke 5000rpm, dan anda tidak perlu tersiksa di bwh 5000rpm lagi sekali. dan anda pun terus laju sehinggala terlihat seorang lembu melintas. anda terpaksa menekan brek dan berhenti. dan bermula sekali lagi satu penyiksaan di mana kuasa perlu ditarik balik.


bagaimana memandu kereta dengan torque tinggi? kereta jenis ini dipandu dengan tenang, katakan powerbandnya 1000 hingga 4000 rpm. jika anda memandu seperti kereta high rev, menuka gear pada rpm 6000, gear berikutnya akan membawa jarum rpm anda kepada 3500rpm, di mana anda hanya mendapat 500 rpm lagi untuk kuasanya. jadi jgn jadi bodoh. bawa kereta anda pada rpm 1000 hingga 4000, dan tukar gear pada rpm 4000, meter rpm anda akan jatuh pada 2500rm dan anda masih dapat menikmati lebih 1500rpm lagi untuk kuasa kereta anda.

kereta dengan torque tinggi adalah lebih mudah dibawa dan lebih selamat untuk dibawa laju dan bukan untuk berlumba. jadi sebelum membeli kereta, lihatlah dulu HP dan torque kereta itu

contoh: 140hp@6000RPM/180NM@3500RPM dan 140HP@ 4500RPM/180NM@2500RPM

yang kedua adalah rev lebih rendah dan yang pertama adalah jenis hi revving.

jika anda penggemar hi revving, pastikan anda tidak menggunakan kereta anda untuk meredah jem atau balik kampung. ia sungguh menyeksakan.




Copyright-deadMeta 2010, All picture belongs to their respective owner. We do not own any of the picture unless stated. All article are 100% original.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger