Check these out!

MAD-02 Pedal Control



Gambar di atas menunjukkan set pedal untuk sebuah kenderaan dengan transmisi manual. Dari kanan adalah pedal memcut (pedal minyak/accelerator pedal), di bahagian tengah adalah pedal brek diikuti pedal clutch. Di hujung bahagian kiri adalah left foot rest, bukannya pedal yang boleh ditekan-tekan tetapi ia membantu merehatkan kaki kiri anda terutama jika anda terperangkap dalam kesesakan jalanraya dan anda menggunakan clutch yang berharga RM2000 ringgit yang memerlukan kaki yang agak kuat untuk menekan clutch itu. Malangnya anda seorang yg pemalas dan tak terurus yang tidak terfikir untuk berada di gym untuk menguatkan kaki anda dan kerana itu kaki kiri anda tidak cukup kuat untuk menahan clutch pedal anda dan anda memerlukan left foot rest ini.


"Pedal control" atau pengawalan pedal adalah teknik asas yang perlu anda fahami sebelum berlumba atau melakukan sesuatu yang melucukan di atas jalanraya. Sudah tentu jika anda melakukan aksi yang memberansangkan, orang ramai akan kagum tetapi jika anda kelihatan seperti badut di atas jalan, anda akan diketawakan oleh beberapa orang polis sebelum menyaman anda. Bekerja di atas jalanraya memang memenatkan bagi anggota polis yang menjalankan tugas, tetapi orang seperti anda adalah hiburan kepada mereka.


Untuk kenderaan jenis baru, pedal clutch jarang ditemui. Ini kerana kenderaan jenis terbaru menggunakan transmisi automatik, atau CVT, atau mungkin Dual Clutch Transmission atau mungkin ia bukan kereta yang dihasilkan untuk digunakan di jalanraya dan menggunakan transmisi "sequential dogbox". Sebelum memulakan latihan anda, rujuk manual kereta anda dan ketahui jenis transmisi anda, dan jumlah gear. bagi transmisi selain CVT, perhatikan kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh setiap gear anda. Contoh, gear 1 kereta anda boleh mencapai 50kmj pada "redline" 6000rpm

Perkara ini boleh mengelakkan anda mengasari enjin dan gearbox anda dengan persefahaman yang kukuh. Hubungan antara kenderaan anda perlulah serasi sebelum melakukan aksi-aksi berbahaya atau kelakar di atas jalanraya. Tanpa persefahaman antara kereta dan anda, fantasi tak mungkin akan menjadi realiti sebaliknya membawa anda ke dalam mimpi ngeri!


MANUAL PEDAL CONTROL

Pedal control untuk kereta jenis manual adalah lebih sukar. Seseorang itu perlu tangkas dalam membuat pilihan, kerjasama antara tangan, kaki kiri dan kanan sangat penting. Dalam halaju tinggi, sebarang kesilapan hanya akan memperlahankan kereta anda atau membawa anda dalam bahaya.

Pedal control jalan lurus
Untuk mendapatkan sesuatu yang kita panggil "perfect launch" bukan sesuatu yang mudah. Terlebih kuasa akan mengalami "wheel spin" yang membuatkan anda kehilangan beberapa mili saat. 10 mili saat sangat berharga dalam "launching". Ia penentu anda di depan atau belakang. Enjin dengan torque tinggi cenderung untuk melakukan "wheel spin". Jika torque enjin anda sangat besar, elakkan untuk meletakkan RPM anda terlalu tinggi, cukup sekadar pada RPM 1500 atau 2000 sahaja bergantung pada prestasi tayar anda. Biasanya enjin jenis ini akan memulakan launch dengan kelajuan biasa dan setelah mencapai RPM tertentu barulah pemandu akan menekan pedal ke tahap maksimum. Dengan meletakkan timing yang tinggi mungkin perkara baik untuk kereta jenis ini. Tetapi ia semua bergantung pada spesifikasi enjin. Bincang dengan mekanik anda.

Untuk enjin high-end di mana RPM tinggi diperlukan, Jika anda menggunakan "high profile camshaft" dengan degree yang tinggi, Rev yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan "perfect launch". Dengan enjin yang biasa, kadar RPM 3000-4000 sudah mencukupi. "wheel spin" yang banyak bukan menunjukkan enjin anda kuat sebaliknya kefahaman anda yang sangat cetek.


Selepas anda selesai dengan "perfect launch" anda, kini anda berhadapan dengan "perfect shift" untuk setiap gear anda. Deria keenam anda semasa memandu perlu dihidupkan. Di sinilah persefahaman antara kereta anda dan diri anda berfungsi sepenuhnya. Anda boleh memahami kuasa puncak enjin anda dengan memandu kereta anda dengan satu gear. Misalnya pada gear 2, anda menekan pedal dengan satu sentuhan, katakan 50% sahaja pedal ditekan, dan kereta anda semakin laju pada RPM 4000 dan kembali hilang kuasa pada RPM6000. Ini bermakna kuasa kereta anda berada pada RPM4000 hingga 6000, tukar gear anda perlu menukar gear dengan cepat pada RPM6000 dan akan menghasilkan "perfect shift".

Setiap kali anda menukar gear, anda tidak mempunyai masa untuk melihat meter anda, dan mungkin dalam keadaan tertentu anda perlu menukar gear dengan RPM tambahan seperti ketika mendaki bukit. Di sini deria keenam anda sangat-sangat diperlukan.

Downshift atau menukar gear ke bawah juga memerlukan anda teknik baru dipanggil "double clutching". Apabila anda menukar gear ke bawah, gerigi akan menghalang anda untuk masuk dengan lancar, apa yang perlu anda lakukan di sini adalah dengan menggerakkan gear berkenaan. Katakan anda dalam gear 4 ke gear 3.
1.Tekan clutch anda
2. masukkan ke gear Neutral
3. lepaskan clutch
4. tekan pedal minyak untuk menaikkan RPM kereta anda
5. lepaskan pedal minyak dan dalam masa yang sama tekan pedal clutch
6.masukkan gear 3 dan lepaskan clutch.

Semua proses di atas sepatutnya berlaku beberapa saat sahaja. Kecekapan kaki dan tangan anda diuji di sini.


HEEL and TOE
Tumit dan jari kaki, teknik digunakan oleh kaki kanan anda di mana ibu jari akan menekan brek dan tumit akan menekan pedal minyak. Teknik ini digunakan ketika downshift ketika anda menggunakan teknik 'double clutching'. Semasa proses double clutching, anda mungkin perlu menekan brek untuk memperlahankan kereta, dalam masa yang sama anda perlu menekan minyak untuk membenarkan gear bergerak ketika anda berada dalam gear neutral. Jadi proses mungkin begini:

1. brek ditekan oleh ibu jari kaki kanan, clutch ditekan kaki kiri
2. brek masih di ditekan kaki kanan, clutch ditekan kaki kiri dan gear neutral dimasukkan dan clutch dilepaskan kaki kiri
3. brek ditekan kaki ibu jari kaki kanan, tumit kanan menekan pedal minyak
4. brek masih ditekan ibu jari kaki kanan, tumit kanan dilepaskan dan kaki kiri, gear dimasukkan
5. clutch dilepaskan kaki kiri, brek dilepaskan ibu jari kaki kanan dan kaki kanan kembali ke pedal minyak

Pedal control di selekoh.
Di selekoh dalam keadaan laju, pedal control sangat penting selain keadaan kereta anda dan racing line anda. Tanpa pedal control yang betul, pengalihan beban dan penghantaran kuasa tidak akan berlaku. Setiap kali waktu selekoh, ketahui bila untuk melepas pedal minyak dan menekannya. Perbuatan ini akan memberi kuasa kejutan kepada kereta, dan beban boleh dipindahkan dengan teknik ini. Oversteer atau understeer boleh dikawal dengan teknik ini. Sekali lagi deria keenam anda akan digunakan.


Begitu juga pengawalan pedal brek di selekoh. Teknik "human ABS" perlu dipelajari. Jika anda tersilap membuat andaian di selekoh, menekan brek secara mengejut adalah bahaya dan boleh membuat kereta anda hilang kawalan. Teknik human ABS berfungsi sama seperti ABS, bezanya ia lebih efektif dari sistem ABS kerana ia cuma berfungsi waktu anda memerlukan dan dikawal oleh anda sendiri. Semasa dalam keadaan panik, mungkin anda terlupa untuk menggunakan tekni ini. Jadi setiap kali anda menekan brek, biasakan dengan penggunaan teknik ini:

1.Tekan brek dalam 50% sehingga anda merasakan brek sedang mencengkam disc anda
2. Tekan brek lebih dalam, mungkin 80% hingga 100% bergantung pada kelajuan
3. Lepaskan brek ke 50% seperti no.1 dan ulangi langkah 2 dan 1 berulang kali

Fahami bagaimana untuk menggunakan teknik ini. Setiap keadaan akan memerlukan daya yang berbeza dan kekerapan yang berbeza.


Left foot braking
Teknik yang menggunakan kaki kiri untuk menekan brek. Kaki kiri anda perlu dihidupkan untuk menekan brek secara lembut. Kaki kiri yang tidak dilatih akan menyebabkan anda menekan brek secara mengejut. Teknik ini digunakan untuk mengambil selekoh yang laju untuk mengelakkan kehilangan kuasa.

Untuk kereta jenis FR,MR,RR, teknik ini akan membuang bahagian belakang kereta ke tepi kerana tayar depan akan dikunci dan tayar belakang masih berpusing. Teknik heel and toe juga boleh digunakan untuk tujuan ini.



Pedal control untuk transmisi automatik.

bersambung.....


Copyright-deadMeta 2010, All picture belongs to their respective owner. We do not own any of the picture unless stated. All article are 100% original.

MBT-01 Jenis Enjin

Gambar di atas menunjukkan salah satu jenis enjin. Ia adalah sebuah enjin carian yang terkenal. Tapi jangan salah sangka! Ini bukanlah jenis enjin yang kita akan bincangkan dalam topik ini. Gambar di atas lansung tiada kena-mengena dengan topik ini. Hanya sekadar hiasan. Kita akan membincangkan enjin jenis "internal combustion" dan bukan enjin carian seperti di atas kerana ia tidak mampu menggerakkan kereta anda.



Single cylinder engine
Biasa terdapat pada motorsikal berkapasiti kecil. Mempunyai satu block dan satu piston. Biasanya menggunakan "air cool system" iaitu penyejukan oleh angin luar. Terdapat juga dalam "liquid cool" yang menggunakan radiator. Ia mudah diselengara dan biasanya menggunakan sistem OHC (overhead camshaft) di mana camshaft terletak di atas enjin. Enjin ini sangat ringan dan mudah diselenggara.




V2 engine
Enjin jenis 2 silinder dan 2 piston berbentuk V, setiap satu block mempunyai intake dan outlet masing-masing. Kedua-dua piston dihubungkan dengan crankshaft di bawah dan disambungkan pada gearbox. Bagi yang menggunakan sistem karburator, ia sangat sukar di 'tune' kerana setiap ruang akan mempunyai angin yang berbeza. Kos untuk modifikasi enjin jenis ini agak mahal kerana ia mempunyai 2 "cylinder head" bermakna 2 camshaft yang berbeza.



INLINE ENGINE
Enjin yang biasa digunakan untuk semua jenis kereta, mempunyai 3 hingga 6 silinder. Enjin jenis ini lebih menjimatkan kos dan mudah dihasilkan berbanding enjin jenis lain. Ia juga mudah diselenggara dan mudah diubahsuai.



V engine
Enjin dengan bentuk V, mempunyai 2 block berasingan. Terdiri dari 2 hingga 12 silinder. Enjin jenis ini mampu menjimatkan ruang dalam engine bay kereta anda kerana ia tidak memanjang.



V engine (Volkswagen design)
Ia mempunyai konsep seperti V engine tetapi tidak block tidak berpisah. Ia masih menggunakan satu block dan ini lebih menjimatkan ruang dalam engine bay anda.



Boxer/flat engine
Konsep yang sama seperti V engine tetapi ia tidak menegak, ia mendatar. Enjin jenis ini kurang rintangan graviti dan lebih lancar. Biasanya terdapat dalam 4 ke 6 silinder dan digunakan pada kereta seperti Subaru Impreza, Subaru Legacy, dan Porche Boxter.



W engine
Menggabungkan kedua2 konsep V engine. V engine jenis volkswagen dan V engine biasa. Enjin jenis ini mampu memuatkan 12 hingga 16 silinder tanpa menggunakan ruang yang banyak. Enjin w16 mempunyai 16 silinder terdapat dalam Buggati Veyron.



Rotary/wankle engine
Engine yang tidak menggunakan piston. Enjin jenis ini mampu memberi kasa kuda yang tinggi dengan kapasiti yang kecil. Ia menggunakan segi tiga yang berputar untuk melakukan proses sedutan, mampatan, letupan dan membuang. Sebuah rotary engine mempunyai 3 ruang untuk proses pembakaran. Enjin jenis ini terdapat dalam kereta Mazda RX-7 dan Maxda RX-8'




Copyright-deadMeta 2010, All picture belongs to their respective owner. We do not own any of the picture unless stated. All article are 100% original.

MCU-01 Jenis 'body style' kereta

img:ggpht.com

Gambar di atas memperlihatkan sebuah kereta Toyota Supra dengan body style coupe. Tapi oleh kerana body style bahagian hadapan kereta tersebut lebih menarik dari body style belakangnya, jurukamera gagal memperlihatkan body style coupenya.

Jadi apa itu body style atau body type? Adakah perbezaan antara semua kereta beroda empat ini? Mari kita cuba memperlihatkan body-body yang mempunyai style tersendiri!





Img:carguru.com

SEDAN
Kita mulakan dengan jenis "sedan". Jenis ini adalah yang paling biasa digunakan dan sesuai untuk sebuah kereta keluarga. Ia mempunyai 5 atau 4 tempat duduk dan boot belakang yang besar. Biasanya ia datang denga 4 atau 2 pintu.




HATCHBACK
Dikenali dengan nama "kereta tanpa punggung". Ia tidak mempunyai boot yang panjang dan boot belakang dipanggil pintu. Ia biasanya mempunya 3 atau 5 pintu. 2 atau 4 pintu di tepi dan satu pintu dibelakang. Kereta jenis ini mempunyai aerodinamik yang lebih baik kerana bahagian belakangnya kurang berlaku pusaran angin. Sesuai untuk tujuan perlumbaan. Kereta jenis ini biasanya mempunyai boot yang kecil dan versi 3 pintu mempunyai tempat duduk belakang yang sempit.





COUPE
Kereta sedan yang dipendekkan. Belakang kereta ini lebih pendek dari bahagian depan dan mempunyai boot yang kecil. Biasa datang dengan 2 pintu atau jenis 2+2 seperti Mazda RX-8. Kelebihan kereta jenis ini adalah lebih ringan dan lincah dari sedan. Kebanyakan model kereta sport adalah jenis coupe.





CONVERTIBLE
Kereta dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup. Biasanya bumbungnya lembut diperbuat dari PVC. Kereta jenis ini adalah untuk bersantai dan mendapatkan angin luar. Walaubagaimanapun kereta jenis ini lebih berat dari model sedan kerana ia terpaksa mengukuhkan struktur rangkanya dengan menambah lebih banyak besi untuk membuang bumbung kereta tersebut.


SPYDER/ROADSTER
Sama seperti convertible, tetapi spyder/roadster biasa datang dengan 2 tempat duduk dan mempunyai enjin di bahagian tengah kereta tersebut.





HARDTOP CONVERTIBLE
Seperti convertible, bumbungnya boleh dibuka dan ditutup, tetapi bumbung ini jenis keras dan tidak menggunakan kain jenis PVC. Ianya besi dan plastik.




STATION WAGON/ESTATE
Jika coupe adalah model sedan dipendekkan, wagon atau estate adalah sedan yang dipanjangkan. Model ini mempunyai rupa bentuk yang sama dari depan hingga ke bahagian tengah tetapi bahagian belakang dipanjangkan dan boot telah diperbesarkan untuk membawa lebih banyak barang.




SUV
"Sport Utility Vehicle" atau SUV adalah kereta jenis tinggi dan biasanya mempunyai torque yang tinggi. Ia berfungsi di atas jalanraya dan jalan yang tidak bertar. Oleh kerana ia tinggi dan berkuasa, ia sering dibawa untuk merentas hutan atau padang pasir.



MPV
"Multi Purpose Vehicle" Adalah sebuah kereta dengan tempat duduk yang banyak dan selesa. Bilangan tempat duduk biasanya boleh memuatkan 6 hingga 11 orang. Kebanyakan MPV sekarang dilengkapi dengan sistem hawa dingin bahagian depan dan belakang serta screen lcd untuk keselesaan penumpang.



PICKUP TRUCK
Tujuan untuk membawa barang kasar seperti besi dan batu. Berfungsi seperti SUV tinggi dan lasak boleh digunakan untuk membawa penumpang di jalanraya dan diluar jalan tar. Bezanya cuma ia mempunyai ruang yang lebih besar di belakang untuk membawa barang yang kasar.



Copyright-deadMeta 2010, All picture belongs to their respective owner. We do not own any of the picture unless stated. All article are 100% original.

MBT-01 Supercharged!




Gambar di atas bukanla karakter Wall-E seperti anda lihat di wayang. Ia sebuah "supercharger" yang berdiri teguh di atas sebuah enjin.

"supercharger" adalah satu lagi induksi paksaan "forced induction" selain turbocharger. Berbeza dengan Turbocharger, Supercharger digerakkan oleh tali sawat (belting) yang dipacukan oleh enjin kereta anda. Sepertimana power steering, aircond compresser digerakkan, begitulah supercharger digerakkan.

Supercharger untuk kereta dicipta di Amerika pada tahun 1900 oleh Francis root dengan nama root type supercharger. Ia mula diperkenalkan di Berlin pada 1921 untuk sebuah kereta Mercedes.

Supercharger terkenal di Amerika kerana ia memberi "torque" yang tinggi dan tidak memerlukan rev yang tinggi. Hampir kesemua kereta di Amerika mempunyai torque yang tinggi dan jenis "low end" enjin di mata enjin ini tidak mempunyai rev yang tinggi. Biasanya enjin jenis ini mampu mencapai 4000-5000rpm sahaja. Supercharger amat sesuai dengan enjin ini kerana ia memberi kuasa seawal 1000rpm berbanding turbocharger yang perlu dicas oleh angin ekzos dan memberi kuasa diatas 2000RPM.

Kebaikan supercharger:
Tiada lag seperti turbocharger
Kuasa diperolehi seawal 1000RPM tanpa perlu rev yang tinggi
Penjimatan minyak pada rev yang rendah


Keburukan supercharger:
Tidak sesuai untuk "high revving engine"
Enjin terpaksa bekerja keras untuk memutar supercharger pada rev tinggi, bermakna pada rev tinggi penggunaan petrol meningkat.


Super turbo adalah gabungan supercharger dan turbocharger.Pada rev yang rendah, supercharger akan berfungsi memberi uadara yang cukup untuk sebuah enjin low compression untuk bergerak tanpa sebarang lag. Pada rev tertentu pula elektronik akan melepaskan supercharger dan turbocharger mula mengambil alih sistem pernafasan enjin berkenaan. Mengapa tidak menggunakan kedua-duanya serentak? Supercharger lebih berkesan pada rev rendah manakala turbocharger lebih berkesan pada rev tinggi.




Copyright-deadMeta 2010, All picture belongs to their respective owner. We do not own any of the picture unless stated. All article are 100% original.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger