Check these out!

MAD-02 Kawalan G-force


Jika kuasa tidak dikawal dengan rapi, anda akan berada seperti situasi di atas yang menampakkan pemandu van ini cuba mengawal kenderaannya yang semakin buas. Ia juga mungkin berlaku kepada anda jadi walaupun anda memandu sesuatu yang mungkin tidak menampakkan unsur-unsur laju, ia mampu menyebabkan anda bekerja keras.


Setiap enjin mempunyai kuasa maksimum yang tertentu yang menyebabkan anda boleh melakukan aksi yang kelakar di atas jalanraya. Tetapi semakin kuat sesebuah enjin itu semakin ia mencapakai limit kepada hukum fizik yang wujud yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh Newton sendiri. Hukum fizik berkenaan adalah daya graviti atau g-force yang terhasil.

Ramai diantara kita merungut apabila kenderaan mereka tidak mencapai lajak atau pick up yang diinginkan oleh mereka, bagi mereka, prestasi enjin adalah sangat penting untuk sesebuah kereta, keupayaannya menghabiskan meter kenderaan mereka lebih penting dari keupayaan mereka sendiri untuk mengawal kenderaan.

Setiap kali anda memecut, daya akan terhasil dan anda membawanya bersama. Setiap kali anda membrek atau memperlahankan kenderaan, Daya akan dibazirkan. Jadi mengapa anda perlu memecut begitu laju dan kemudian membazirkannya? Bagaimanakah anda boleh menggunakan daya dengan lebih efektif?

Consistency adalah kunci kepada pemanduan yang lebih efektif, kurang menekan pedal minyak dan brek tetapi kelajuan anda sangat konsisten di jalan lurus atau selekoh. Di sebalik pemanduan di jalan lurus dengan kelajuan 80kmj dan di selekoh 60kmj, dan kembali ke 80kmj di jalan lurus, anda mungkin boleh memandu dengan 70kmj sepanjang perjalanan di jalan lurus atau di selekoh.

Bukankah dengan tidak membrek sebelum selekoh lebih berbahaya? Ia memang agak bahaya, tapi dengan pengawalan kuasa dan kenderaan anda, bahaya boleh dilontar ke Lautan Pasifik.

Untuk jenis kereta dgn transmisi auto, anda mungkin akan membrek di selekoh dan kemudian menekan minyak pada jalan lurus. Ini akan memaksa kereta anda untuk menurunkan gear selepas anda membrek dan menukar gear sekali lagi di jalan lurus. Penggunaan minyak anda akan meningkat setiap kali anda tiba ke selekoh.

Dan untuk kereta dengan transmisi manual, anda mungkin membrek, menurunkan gear pada selekoh dan menekan minyak dan menukar gear pada jalan lurus. Perbuatan ini juga akan menggunakan petrol yang lebih.

Dengan cara mengambil selekoh pada rpm rendah dan pada kadar kelajuan purata anda, anda mungkin mampu menjimatkannya, tp ia agak bahaya dengan tidak memperlahankan kereta di selekoh bukan? Terdapat 30% jalan terturap untuk anda gunakan di setiap lane anda, gunakan sebaik mungkin di selekoh, belajar untuk mendapatkan ruang yang lebih untuk kereta anda mengambil selekoh tanpa mengganggu lane di sebelah anda. Di sini anda bukan saja menyelamatkan minyak anda, tayar dan brek juga mampu diselamatkan.

Dengan mengabaikan kuasa kenderaan anda, anda mungkin mempelajari sesuatu di situ, gunakan rpm serendah mungkin dan cuba untuk menggunakan lane anda sebaik mungkin. Cuba dapatkan garisan yang terbaik sehingga anda tidak merasakan diri anda sedang mengambil selekoh tajam dan penumpang akan selesa walaupun anda laju di selekoh.

Apabila anda membrek dan menekan minyak dengan kuat, penumpang yang tidak memegang steering akan merasa sedikit kurang selesa, begitu juga dengan kawalan steering yang kasar. Cuba dapatkan sudut yang baik dan anda mengambil selekoh dengan satu pusingan steering sahaja. Untuk kereta auto, fahami lajak kereta anda dan cuba kurangkan kejutan setiap kali memecut dan kereta manual, pastikan anda melepaskan clutch seiring dengan menekan minyak untuk mengelakkan kejutan ke belakang atau depan. Jika anda mampu mengurangkan g-force, anda bukan saja membuat penumpang anda selesa tetapi kereta anda juga berada dalam keadaan selesa.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger